Photobucket

Selasa, 19 April 2011

Introduction Of Binary Coding

ASCII (kep. "American Standard Code for Information Interchange", BM: "Kod Piawai Amerika untuk Pertukaran Maklumat") adalah satu format yang lazim digunakan untuk fail teks dalam komputer dan internet. Kod ASCII telah dibangunkan oleh American National Standards Institute (ANSI).
Dalam fail yang menggunakan kod ASCII, setiap aksara (angka, abjad dan simbol khas) diwakili oleh sejumlah 7 bit nombor perduaan yang terdiri daripada rentetan tujuh '0' atau '1'. Ia melibatkan sejumlah 128 aksara biasa dengan tambahan 128 aksara lanjutan.

Saya telah mengesahkan cadangan yang telah diberikan oleh Setiausaha Kewangan berkenaan dengan piawaian yang perlu diwujudkan semasa merakam Kod Piawai untuk kegunaan Perkongsian maklumat di atas pita magnetik dan pita kertas semasa digunakan di atas komputer.
Semua komputer atau peralatan yang mempunyai konfigurasi yang hampir serupa yang di bawa masuk ke dalam senarai peralatan kerajaan Federal pada dan selepas 1 Julai 1969 hendaklah mempunyai kemampuan untuk menggunakan Kod Piawai untuk kegunaan Perkongsian maklumat dan format piawai untuk pita magnetik dan pita kertas jika bahan ini akan digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan